Friday, November 28, 2008

tunas membesar

"senget~"

"tak, tegak aa"

"apa-apa la, aku tak kisah"

"so, nak pangey ko apa?"

"pangey je apa ko ske"

"loh, pangey ko sepet bleyh?"

"ko nak rasa pati ayam cap tumit aku?"


Ketawa pecah di belakang kelas. melihat keadaan itu Zarith mengangkat muka. Tangannya memeluk erat lututnya. Sambil merenung jauh ke langit.


"aku sukakan langit kat atas tu, rasa tenang"

"hebat kan?"

"yep, aku sokong..macam lukisan yang tiada tandingan"

"dulu aku teringin nak terbang"

"hah? Terbang? Haha..berangan je lebih.."

"tak aku serius nih"

"ch~ ada-ada ja"

"hehe, pangey ko zarith je la.."

"kenapa?"

"la~ nama ko kan zarith..ngeh~, tak aku ingat sebab nama ko tu sesuai la dengan kau..natural"

"huh! What does it means?"

"na~ biarla hati ini je memahami,ko tak payah tau..nanti lagi merumitkan keadaan"

 

Kedua-dua mereka berbual sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup lembut. Tatkala asyik berbual, tak sedar yang warden asrama sedang menuju ke arah mereka.

 

"aku rasa tak sedap hati la, sepet"

"wei, mulut jaga sikit ek..cabai kang"

"haha, natural apa?"

"ske ati ko, kenapa?"

 

Nain menoleh ke kiri. Matanya bulat.

 

"o,o..masalah besar ni"

"apsal?"

"cabut!!"

Tuesday, November 18, 2008

hitam dan putih

sebuah permulaan

************

Ini satu permulaan yang aku kira berharga buat diri aku terutamanya bersama-sama dengan teman sekelas-satu titik tolak untuk merasakan pahit dan manis kehidupan mengambil IB dan bagaimana aku bersama mereka mengharungi setiap detik di sini. Ini juga merupakan penilaian terhadap diri aku untuk menjadi seorang khalifah dan abid kepada-Nya. Aku memerlukan pertolongan.

 

*************

0600[19/11/2008]

 

"weh bangun, dah subuh.." ujar Zulkarnain Kepada Zarith yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi..semalaman dia bersengkang mata menyiapkan tugas yang sepatutnya dihantar pada hari sebelumnya..tetapi,lewat! Itulah perkataan yang timbul di benak fikirannya apabila melihat kembali kertas kerja tersebut..perasaan serba salah menyelubungi segenap bilik C410, bilik kecil yang hanya boleh didiami 2 orang pelajar sahaja..zarith telah lama terkuak lentang atas katilnya. Hanya lampu belajar sahaja yang masih menyala menyuluh bilik itu.

"aku harap semuanya ok pasni…kot" bebelnya sendirian. Dalam hatinya dia tahu cikgu pasti akan marah..yep pasti!

Kertas kerja mathematics higher level-portfolio type 1 yang dipegangnya  siap difailkan dan sudah siap untuk dihantar ke meja cikgu Suhana pagi nanti.

 

**************

 

"see me after this"

Zarith terkejut benar apabila menerima  sms yang dihantar oleh cikgu matematiknya.

"apsal buat muka katak kene penyek ngan lori lak  ni?" nain bertanya kepada zarith sambil menyuap nurget ayam ke dalam mulutnya..

"kali ini serius, cikgu memang serius". Tegas zarith sambil merenung jauh ke arah handphone yang dipegangnya. Zarith, ketua kelas kepada nain, zack, c.b. dan lain-lain, kacak orangnya, berkaca mata seperti seorang penulis, bermata sepek sedikit, minat dalam bidang fotografi..menariknya - dia selalu mengcomplicatedkan benda yang simple..

"jom ikut aku jumpa dia", balasnya kepada zulkarnain..

"no hal, aku ikut",

"ajak yang lain"

"erm..nanti~!"

 

***************

 

"your class the only one yang tak pernah saya tinggikan suara, not like the other class, mulut saya memang laser ngan diorang. Saya sangat terkejut bila tengok tak ade sorang pun yang hantar on time! Dan kamu buat keputusan sendiri tanpa pengetahuan saya".

hanya bunyi air conditioner kedengaran, yang lain senyap..terdengar sedikit suara gelak tawa guru di bahagian belakang..

Zarith, nain dan dua rakannya lagi hanya menyepi, tanpa sebarang kata..

Diam,

Sunyi sepi,

Dan perasaan serba salah mula menyelirat ke dalam diri masing-masing…

Renungan mata cikgu semakin tajam dan disebalik renungan mata itu tersingkap seribu maksud,

"apa aku nak buat nie…."

 

****************

 

Jari-jemarinya pantas berlari memetik pada tali gitar. Berakhir sudah kisah antara dia dan bell, satu kisah yang tak sampai. Dia bersandar di tiang pengkalan yang sudah usang dimamah hujan dan terik. Tanpa sedar di melagukan korus ups and down yang pernah dinyanyi bersama rakan-rakannya ketika bercamping di Gua Gendang dahulu.Sebuah senyum pahit terukir di bibirnya.

"tak pernah aku merasa perasaan aneh macam ni. Sweet pain betulla, ch~..kalau betulla benda ni ada, mungkin inilah pertama kalinya aku merasainya", dia menggeleng perlahan.

"May your life always be blessed by Him, no matter what Bell".

"aku dan kau dah tamat"...

Tengah malam, hanya ditemani bintang dan bulan September yang hampir tamat kitarannya. Nain merinding melihat gerakan-gerakan halus di bawah air.  Dia membuang pandangannya kerana hatinya perih teringat kembali kisah suka-duka bersama rakan-rakannya. Dia terpanar. Sungai Golok, hanya air dan riak gelombang. Inilah satunya masa air di sungai ini tenang, sesekali sahaja bunyi jentera perahu yang menyusuri sungai itu kedengaran. Kesibukan di sempadan Malaysia dan Thailand itu akan bersambung di awal pagi esoknya.

Lapan penjuru angin, sejauh mata pandang. Bagaimana aku ingin terus mengejar  cita-citaku? Layakkah aku memegang gelaran sebagai seorang doktor? Satu persoalan berat berpusinng di mindanya.

 Sejurus kemudian dia melihat ke kaki langit, merenung jauh nun di sana, tiga kerlip bintang segaris perlahan menjelma di horizon. Satu titik noktah dan permulaan memahami erti kehidupan dunia yang sebenar demi kepentingan di hari sana.

 

**************

 

Hitam dan putih..

Bukan warna, bukan juga bukan warna..

Habis apa?

Satu retoris dan hanya layak dijawab oleh mereka yang menghayatinya..

Kadang-kadang hidup ini penuh disulam suka dan duka..

Sebab itulah dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau..

Kerana aku percaya, aku tidak selama-lamanya kekal..

Kerana itulah ia satu permulaan..

 

****************

=.+ apa aku cakap..

Kepala dah makin bengong..

Aku nak mula menulis..

Haha…harap dapat sokongan..